Tuesday, October 21, 2008

Introduction to Equestrian


Tarikh : 14 dan 15 Okt.2008
Tempat : ARL Equestrian Sdn. Bhd.,
Taman Equestrian Putrajaya.
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tgh.

Peserta :
SK. Desa Putra, Sg. Merab,
SK. Sg. Merab Luar,
SK. KLIA, BB Salak Tinggi,
SJK (C) Chio Chiao, dan
SJK (T) Ladang Bute.

Program 'Introduction to Equestrian' bagi aktiviti Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP), yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan suatu program bagi membentuk dan membina sahsiah perpaduan di kalangan murid yang berbeza kaum dan lokasi pembelajaran melalui suatu rancangan yang disepadukan. Program ini secara langsung dapat membenih semangat perpaduan pada diri murid yang merupakan generasi peneraju negara pada masa depan.




'Introduction to Equestrian' merupakan program baru yang dirancang untuk dikendalikan oleh SK Desa Putra, Sg. Merab, Selangor selaku Pengerusi penganjur di peringkat Kelompok A (4)bagi Daerah Sepang, Selangor bagi memenuhi Program Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP).




Bagi merealisasikan program tersebut pihak ARL Equestrian Sdn. Bhd. telah memberi kerjasama kepada SK Desa Putra. Pihak sekolah amat menghargai ruang kerjasama yang diberikan oleh syarikat tersebut terutama dalam melaksanakan 'tanggungjawab sosial' kepada masyarakat khasnya golongan murid-murid sekolah dari Daerah Sepang, Selangor.




Objektif Program:-




1. Memupuk semangat perpaduan di kalangan murid yang berlainan sekolah, bangsa dan gender dalam suatu aktiviti yang berfaedah.




2. Mendedahkan murid kepada suatu pengetahuan dan kemahiran yang menarik.




3. Memberi pendedahan kepada murid terhadap suatu sukan 'extreme' yang mencabar tetapi selamat untuk diceburi.




4. Membuka ruang cabaran kepada murid bagi mengecapi suatu pengalaman yang tidak mudah dilupakan.




5. Mendidik murid menyayangi kuda dan berinteraksi dengan binatang peliharaan.




Tuesday, July 15, 2008

Senarai Tugas dan Tanggungjawab GPK Hal Ehwal Murid

Pengajaran dan Pembelajaran

Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran
Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif
Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan

Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kebajikan Dan Disiplin Pelajar

Menyediakan khidmat bimbingan dan kauseling murid
Mengawal keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid
Mengurus bentuk bantuan kebajikan murid seperti:
i. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
ii. Pelbagai Biasiswa
iii. Bantuan Khas Pakaian Seragam/Kasut/Beg tajaan Kementerian Pelajaran, Swasta dan orang perseorangan.
iv. Skim Baucer Tuisyen
v. Lain-lain bantuan khas bagi murid-murid miskin
Mengurus dan mengemaskinikan pelbagai rekod murid (SMM).
Membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah
Mengendalikan kes-kes disiplin murid
Mengurus hal-hal makanan, minuman dan kebersihan kantin sekolah

Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kemasukan dan Pendaftaran Pelajar

Mengendalikan pendaftaran murid-murid Tahun Satu
Menempatkan pelajar yang baru berpindah dari sekolah lain
Menguruskan perpindahan murid

Membantu Guru Besar dalam Perhubungan Awam

Mewujudkan hubungan harmonis dengan masyarakat umum
Mempergiatkan kegiatan-kegiatan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
Menjalainkan hubungan mesra dengan ahli-ahli staf kedua sesi pagi dan petang

Membantu Guru Besar dalam Tugas Tugas Lain

Menguruskan hal Ehwal murid/kebajikan murid
Menyelia kemudahan rawatan murid
Menyediakan peralatan teknologi pendidikan
Menentukan bahan Pusat Sumber dan Bacaan murid
Mengganggotai jawatankuasa perbadanan dalam sekolah
Mewakili Guru Besar menghadiri mesyuarat, taklimat dan majlis rasmi
Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dari masa kesemasa.